3 Disember 2015 - 07:47
Sheikh al-Azhar; Pengganas ISIS beriman kepada Allah dan RasulNya, mereka tidak Kafir

Sheikh al-Azhar berkata, kita tidak dapat mengkafirkan ISIS kerana mereka juga beriman dengan Allah dan RasulNya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sheikh al-Azhar, Dr. Ahmad Tayyib berkata, pengganas ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria) melakukan dosa besar, namun ini tidak mengeluarkan mereka dari agama, tidak mungkin mereka disifatkan sebagai kafir.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pelajar dialog terbuka anjuran Unversiti al-Azhar, Kaherah dua hari lalu (1 Disember 2015).

Antara yang hadir dalam acara ini ialah Rektor Universiti Kaherah Dr Jabir Nashar.